1. Mengetahui secara terperinci perkara-perkara dengan subjek yang diajarkan dan sukatannya.
2. Menyampaikan pelajaran dengan cara yang paling berkesan termasuk penggunaan BBB.
4. Menyediakan rancangan pengajaran masing-masing berdasarkan rancangan pengajaran tahunan yang telah ditetapkan dan merekodkannya dalam buku rekod mengajar.
5. Merancang tugasan yang sesuai sebagai pengukuhan pengajaran yang telah dijalankan.
6. Memeriksa setiap latihan, tugasan atau folio murid dan memberi komen yang akan membantu meningkatkan minat serta prestasi pelajar dalam mata pelajarannya.
7. Menghantar buku latihan kepada Ketua Jabatan apabila dikehendaki berbuat demikian.
8. Memeriksa kertas ujian dan peperiksaan serta menyerahkan markah murid kepada Ketua panitia pada masa yang ditetapkan.
9. Membuat analisis keputusan ujian dan peperiksaan bagi kelas-kelas yang diajar.
10. Mengambil berat kemajuan akademik murid serta berusaha menanamkan nilai-nilai sahsiah yang baik dalam kalangan muridnya.
11. Mengadakan kelas-kelas tambahan dan klinik bahasa untuk tujuan pengayaan dan pemulihan apabila diperlukan.
12. Membantu panitia mengendalikan program-program serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh unit sepanjang tahun.
14. Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikelolakan oleh Jabatan.
15. Menghadiri setiap mesyuarat unit dan jabatan yang dikendalikan oleh panitia atau Ketua Jabatan yang berkenaan dengan mata pelajaran yang diajarkannya.
16. Mengawasi murid ketika ujian dan peperiksaan mengikut jadual yang telah ditentukan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan.
17. Menilai pencapaian murid serta mengesan kelemahan dan kekuatan mereka bagi tujuan meningkatkan prestasi P&P.
18. Melengkapkan butir-butir yang diperlukan dalam buku Rekod Mengajar dan menyerahkannya kepada Ketua Jabatan mengikut jadual yang telah ditentukan.
19. Melaksanakan tugas-tugas berkala yang lain dari masa ke masa seperti yang diarah oleh Ketua Jabatan.