SISTEM BAHASA

SISTEM BAHASA
Sistem bahasa berfokus pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

a. Tatabahasa
Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

I. Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan kata yang sama. Aspek morfologi yang diberikan tumpuan ialah:

i. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi:
- kata asli bahasa Melayu
- kata pinjaman bahasa Melayu

ii. Bentuk kata terdiri daripada:
- kata tunggal
- kata terbitan

- kata majmuk
- kata ganda

Proses pembentukan kata bahasa Melayu meliputi:
- pengimbuhan
- penggandaan
- pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan di atas, yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna, termasuk aspek baru dalam proses pengimbuhan.

iii. Golongan kata terdiri dar ipada:
- kata nama
- kata kerja
- kata adjektif
- kata tugas

II. Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah:

i. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan pembinaannya, serta pembahagian subjek dan predikat 
ii. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan
iii. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif
iv. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang
v. Binaan ayat:
- ayat dasar
- ayat tunggal
- ayat terbitan atau majmuk
vi. Proses penerbitan ayat:
- konsep ayat terbitan
- proses pengguguran
- proses penyusunan semula
- proses peluasan
vii. Aspek tanda baca

b. Sistem Ejaan
Perkara yang ditekankan ialah:
i. Pola keselarasan huruf vokal
ii. Ejaan kata pinjaman
iii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan

c. Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat.

i. Sebutan
Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

ii. Intonasi
Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola ayat yang berikut:
- ayat penyata
- ayat tanya
- ayat perintah
- ayat seruan
- ayat terbalik atau songsang
- ayat aktif
- ayat pasif

Pola intonasi bagi ayat yang panjang juga perlu diajarkan agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas.

* Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
* Buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia Edisi Kedua ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

d. Kosa kata
Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata di peringkat sekolah rendah perlu dikukuhkan, ditingkatkan dan dikembangkan selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah. 

e. Peribahasa
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata hikmat yang perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia. Peribahasa hendaklah diajarkan dalam konteks. Buku-buku peribahasa Melayu boleh dijadikan sumber rujukan.
Kata Nama AM

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.

Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:

benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,Si Tompok, dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.


Kata nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
          di awal kata ( awalan )
          di akhir kata ( akhiran )
          di awal dan di akhir kata ( apitan )

Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :


di awal kata
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an


Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-

kelas kata
kata dasar
kata terbitan
kata kerja
peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
kata sendi
oleh
untuk
perolehan
peruntukan
kata nama
lombong
rumah
guru
perlombongan
perumahan
perguruan
kata adjektif
cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian



Kata Ganda

  1. Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
  2. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
  3. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
  4. Kata ganda terdiri daripada:
     (a) kata ganda seluruh;
     (b) kata ganda semu;
     (c) kata ganda separa;
     (d) kata ganda bersajak atau berima;
   
1.  Kata Ganda Seluruh
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-).
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
Contoh :
Gandaan Kata Nama:
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid

Gandaan Kata Kerja:
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan

Gandaan Adjektif/Sifat:
manis-manis
besar-besar
awal-awal

2 Kata Ganda Semu
1.  Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang. Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
2.  Kata ganda semu terdiri daripada kata nama.
Contoh Kata Ganda Semu
kuda-kuda,
kupu-kupu,
kura-kura,
labah-labah,
layang-layang,
oleh-oleh,
onde-onde, dan lain-lain

3 Kata Ganda Separa
1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Contoh Kata Ganda Separa:
bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum 
jejentik 
kekabu 

4 Kata Ganda Bersajak/Berima
1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:

Persamaan Bunyi
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian Bunyi
Seluruhnya
batu-batan  anak-pinakbolak-batik
beli-belahcalar-balarcompang-camping
bengkang-bengkokcerai-beraidolak-dalik
corat-coretcomot-momotgopoh-gapah
degap-degupgotong-royonggunung-ganang
dentam-dentumkarut-marutharu-biru
desas-desuskaya-rayahuru-hara
gembar-gemburkuih-muihhuyung-hayang
gerak-geripindah-randahkacau-bilau

39 ulasan:

  1. maaf boleh x tlng bagi penjelasan apa itu kosa kata
    . kata nama kata kerja dan kata2 yg lain tau apa maksud bila nak guna dan contohnya. tp saya x ada idea lansung apa itu kosa kata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat. Contohnya, saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang me¬nyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.


      Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum.

      Padam
  2. yah.. soalan sama.. kosa kata tu mcm mana? hmmm

    BalasPadam
  3. Kosa kata ni memeningkan kepala!!

    BalasPadam
  4. Kosa kata ni memeningkan kepala!!

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Mungkin 1 rangkai kata yg blh beri makna keseluruhan cth kedai runcit...melalui rangkai kata tu da beri maksud kedai yg byk barang blh dibeli..atau pemborong beras...kita tahu seseorang yg beli beras scr borong..begitukah?

    BalasPadam
  7. Mungkin 1 rangkai kata yg blh beri makna keseluruhan cth kedai runcit...melalui rangkai kata tu da beri maksud kedai yg byk barang blh dibeli..atau pemborong beras...kita tahu seseorang yg beli beras scr borong..begitukah?

    BalasPadam
  8. Boleh tak bagi lg contoh kosa kata istilah

    BalasPadam
  9. Boleh tak bagi lg contoh kosa kata istilah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kosa kata umum yang kita gunakan sehari-hari contoh minum atau susu kalau rangkai kata minum susu. Bagi istilah pula yang sering digunakan dalam bidang ilmu contohnya dalam pertanian ada jentera. Baja,

      Padam
    2. Kosa kata umum yang kita gunakan sehari-hari contoh minum atau susu kalau rangkai kata minum susu. Bagi istilah pula yang sering digunakan dalam bidang ilmu contohnya dalam pertanian ada jentera. Baja,

      Padam
    3. Pada fahaman saya kosa kata ialah perkataan.
      Kosa kata umum: semua perkataan benda, orang,perbuatan dan segala macam yang disebut ialah kosa kata.
      Manakala kosa kata istilah ialah yang perkataan berkaitan dgn ilmuan dpt matematik(tambah, tolak, sudut dll)
      Bidang pertanian (-cangkul. jentera.pembajak dll)
      Bidang sains (microskop, picagari, x ray dll)

      Padam
  10. kan..pening pale tlg ank wt homework tntang kosa kata..ank pun x tau apa2 itu kosa kata..wlaupun dh bljar...

    BalasPadam
  11. kan..pening pale tlg ank wt homework tntang kosa kata..ank pun x tau apa2 itu kosa kata..wlaupun dh bljar...

    BalasPadam
  12. kan..pening pale tlg ank wt homework tntang kosa kata..ank pun x tau apa2 itu kosa kata..wlaupun dh bljar...

    BalasPadam
  13. Menatang apa kosa kata ni..contohnya terlalu mudah..cuba jelaskan betul2..saya google DBP pun sama.

    BalasPadam
  14. Menatang apa kosa kata ni..contohnya terlalu mudah..cuba jelaskan betul2..saya google DBP pun sama.

    BalasPadam
  15. hrmmm... anak saya pun sama xpaham cikgu ajaq apa kosa kata.. yg bg penerangan pun terlalu complicated nk paham..

    BalasPadam
  16. pua nak tanya. Betul ke ni:

    Kosa kata ada umum ada kosa kata istilah.

    Istilah pula apa.

    kosa kata istilah dengan Istilah tu ada beza ke atau sama aja

    BalasPadam
  17. Apa? Kosa itu apa ya? Clause? Kosa kata umum..tiada penyambutkah? Kosa kata istilah.. ada penyambutkah? Siapalah yang pandai sangat reka grammer ke budak darjah tiga. Patutnya dia main bola berlari atas padang. Buat ayat ikut suka dia dulu. Naik tingkat 1 ke 2 baru mengajar benda benda ini.

    BalasPadam
  18. buku teks makin lama makin teruk. sepatutnya buku teks jd rujukan sekiranya tidak faham. sekarang ni konsep buki teks seolah2 sama dgn buku aktiviti. tidak membantu utk anak2 faham lebih lanjut. Saya google utk dptkan maksud kosa kata umum dan istilah. malangnya tidak menemui jawapan yg jelas!

    BalasPadam
  19. buku teks makin lama makin teruk. sepatutnya buku teks jd rujukan sekiranya tidak faham. sekarang ni konsep buki teks seolah2 sama dgn buku aktiviti. tidak membantu utk anak2 faham lebih lanjut. Saya google utk dptkan maksud kosa kata umum dan istilah. malangnya tidak menemui jawapan yg jelas!

    BalasPadam
  20. Dalam buku latihan suruh cari kosa kata istilah dan maksudnya.
    1 alpa
    2 bersatu
    3 sepakat

    Kalau dikatakan kosa kata istilah untuk sesuatu bidang ilmu yg tertentu, saya tak paham tang mana alpa, bersatu dan sepakat digunakan istilah utk perkataan khusus dlm bidang ilmu. Lagi2 bila google, tak abis2 bagi contoh bidang pertanian : jentera, baja. Takde contoh yg lebih mudah utk pelajar darjah 3 fikir dan kaitan dgn logik ke? Kita yg tua ni pun pening. Ada google pun takde contoh simple.

    BalasPadam
  21. Dah tua pun pening cari jawapan apatah lg budak²....benda apa ni sapa cipta ni...terus bertambah bangang aku jd nya nak ajar anak mcm mn adoii...

    BalasPadam
  22. Memeningkan.
    Kita yang dewasa ni.pun tak.paham apa.maksud inikan.pula.budak darah 3.. sistem pendidikan yg memeningkan aja zaman sekarang ni.. budak stress ibu.bapa pun stress nak.menerangkan

    BalasPadam
  23. Makin lama makin mengarut matapelajaran skrang.... setiap kali tukar menteri pelajaran, setiap kali tu jgk matapelajaran ditukar ikut kepala bapak dia.... sbb tu la budak skrang malas nk belajar... drjah 3 dh soalan mcm form3... pt3 dh mcm assignment kolej...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..dorang yg cipta ni mungkin dah pandai tahap gaban masa dia darjah 3 sdh diajar silibus ni..sedangkan saya yg pun masa darjah 3 benda ni belum diajar pun.

      Padam
  24. Google pun tetap bagi contoh yang sama. Kesian budak2.

    BalasPadam
  25. Aku pun dah bosan nak mencari.xde sesuatu yang baru utk kite tgk contoh kosa kata. Anak2 pun susah nak faham, mgharapkan kita yang tua ni untuk fahamkan dorg. Tapi malangnya, kita yang tua ni pun pening nak fahamkan. Atlast, melangut je laaa....

    BalasPadam
  26. Ya betul..sebagai ibu bapa saya pun sendiri pening kepala nak bantu ajar anak di rumah pasal kosa kata umum ni..entah cikgu sendiri di sekolah dapat kah beri pemahaman kepada murid semasa sesi pengajaran dalam bilik darjah.. kesian saya fikir anak2 darjah 3 belum dapat capai tahap memahami pengajaran ini..patut yg cipta ni buat kajian la dulu baru kasih usul@ terap dlm silibus buku teks.

    BalasPadam
  27. Hai la anak..kasihan kamu..mama tidak dapat membantu..cik google pun sama..penerangan berbelit zaman mama belajar tenang tenang saja...kosa kata memang tak siap la homework kamu anak..

    BalasPadam
  28. Sy tgh pening ni psl kosa kata... dah puas google tp jwpn yg dpt tah apa2. Balik2 copypaste jwpn yg sm... bukan diterangkan maksud kosa kata tu tp penjelasan yg berjela2 sampai tak paham akhirnya! Kalau diikutkan, ni part ms sy kat form 6 dulu... budak darjah 3 dah bljr psl kosa kata. Allahu...

    BalasPadam
  29. Saya rasa lepas google.apa yg sy faham kosa kata istilah digunakan utk explain penggunaan istilah (term) specific dlm sesuatu bidang atau field.dlm bidang pertaniaan baja, racun itu terms specific. Bidang IT, papan kekunci, CD etc.kosa kata umum, term general yg tak specific dlm mana2 bidang.klu ada guru bm boleh komen jawapan sy ni

    BalasPadam
  30. Buku aktiviti jilid 2 ms 5...saya suruh anak letak rumah salji, tanaman, khazanah flora , kosa kata istilah utk bidang botani.
    Kosa kata umum..berkunjung , membeli etc
    Harap2 betul jawapan ni

    BalasPadam
  31. Dbp y buat contoh pun bodoh supo buku teks la.. Kosa kate menatang wei.. Contoh cam haram jadah langsung x membantu.. Buku teka boleh bakar api jer

    BalasPadam
  32. Pening jugak bab kosa kata istilah ni..

    BalasPadam
  33. ramai upenyer x paham cm Ku.. adeh... u tube pon x membantu

    BalasPadam
  34. Ya Allah samala situasi sy dgn ank.. Nk wat homework x ke faham2 bila wat rujukan.. Bg cth yg sng kan blh phm..

    BalasPadam