Pengenalan
Penulisan Bahasa Melayu Tahap 1 ini dikhaskan untuk murid-murid yang belajar dalam tahap 1. Nota ini diwujudkan sebagai pendedahan awal murid-murid sebelum melangkah ke tahap 2 yang bentuk soalan mirip UPSR. Pendedahan awal diharapkan memudahkan murid-murid menghadapi soalan di Tahap 2. Blog ini juga boleh boleh digunakan oleh guru-guru Tahap 1 untuk mempelbagaikan kemahiran ketika mengajar.
Isi Kandungan Nota
Kandungan Nota terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu: Bahagian A: Memindahkan Maklumat, Bahagian B: Karangan Umum, dan Bahagian C: Ulasan.
Bahagian A: Memindahkan Maklumat
Panduan Menulis Memindahkan Maklumat:
"Soalan meminta kamu menulis lima ayat. Perhatikan dengan teliti gambar yang diberikan. Kemudian, catatkan semua maklumat penting yang terdapat dalam gambar".
"Tulis ayat yang lengkap berdasarkan gambar. Jangan letakkan keterangan yang tiada dalam gambar".
" Pastikan kamu tidak melakukan kesalahan ejaan dan susunan ayat".
Contoh 1:
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
1.Colenna tekun membaca buku di kerusinya.
2.Damasus sedang melukis pemandangan.
3.Siti memasukkan setem ke dalam albumnya.
4.Haikal menulis karangan di buku rampaian.
5.Dayang Sarina memadam tulisan di papan tulis.
Bahagian B: Karangan Umum
"Tulis karangan sekitar empat perenggan. Satu perenggan pendahuluan, dua perenggan idea dan satu perenggan penutup".
"Setiap perenggan mengandungi tiga ayat".
" Kalau boleh, setiap karangan mengandungi sekurang-kurangnya satu simpulan bahasa".
"Tiada had jumlah perkataan, tetapi jika kamu mampu, adalah lebih baik mengarang sehingga 80 patah perkataan, seperti karangan murid-murid tahun 6".
"Selepas siap mengarang, semak semula ejaan agar semua perkataan ditulis dengan betul".
*****Maklumat*****
Terdapat beberapa jenis karangan berbentuk umum seperti:
- Cerita
- Autobiografi
- Diari/catatan
- Dialog
- Laporan
- Fakta
- Ucapan
- Surat Kiriman
" Soalan meminta kamu menulis "nilai murni" atau "pengajaran". Perkataan lain mungkin 'nilai', 'amalan mulia' atau 'sifat baik' ".
"Nilai murni merupakan sifat-sifat yang baik yang dinyatakan dalam satu atau dua perkataan sahaja".
"Cara penulisan pengajaran lebih panjang. biasanya dimulakan dengan perkataan "kita hendaklah", "kita perlulah" , "kita mestilah" dan "kita seharusnya" ".
"Setiap nilai murni atau pengajaran perlulah disertakan dengan contoh. Contoh boleh didapati daripada petikan yang diberikan".
KEMAHIRAN MEMBACA
Pendahuluan
Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan kita sehari-hari. Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperoleh berbagai-bagai maklumat yang diperlukannya. Kita membaca akhbar kerana hendak mengetahui berita yang disiarkan di dalamnya. Kita membaca pelbagai arahan bertulis dan mematuhinya kerana ingin menjalankan tugas seharian dengan betul dan sempurna . Murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya.
Takrif Membaca
Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses , iaitu :
a. Menterjemahkan lambang bertulis (atau bercetak) kepada bunyi bahasab. Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan
Tegasnya membaca melibatkan proses mekanis dan proses mental. Untuk menjadi pembaca yang efektif , seseorang itu perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang dibaca.Walau bagaimanapun, dalam proses membaca ,aspek penyebutan kurang penting berbanding dengan keupayaan berfikir, merasai dan membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut pembaca dapat memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.
Pembacaan tidak berlaku dengan pemikiran yang kosong tetapi diiringi dengan tujuan , jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu. Kebolehan mengaitkan dan mengintegrasikan segala aspek tersebut sangat penting bagi menghasilkan pembacaan dengan kefahaman.
Tahap Kemahiran Membaca :
a. Tahap Prabacaan
Tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca.Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf.Pada tahap ini aktiviti-aktiviti ketajaman penglihatan dan pendengaran ditingkatkan.
b. Tahap Bacaan Mekanis
Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf,suku kata, perkataan , frasa dan ayat-ayat mudah.Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan.
Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah (1) Kaedah Pandang dan sebut; (2) Kaedah Terus; (3) Kaedah Bunyi Kata; dan (4) Kaedah Abjad atau mengeja.
c. Bacaan dan Kefahaman
Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan . Tanpa kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk:
1. Mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca2. Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca
MENULIS
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa melayu 2003)
Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa melayu 2003)
Kemahiran mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat member maklum balas.(Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa melayu 2003)
- 1. Tanda noktah atau titik ( . )
- 2. Tanda koma ( , )
- 3. Tanda tanya atau soal ( ? )
- 4. Tanda seruan ( ! )
- 5. Tanda sempang atau sengkang ( - )
- 6. Tanda koma bertitik ( ; )
- 7. Tanda noktah bertindih ( : )
- 8. Tanda pengikat kata atau petik ( “ “ )
- 1. Tanda Noktah atau Titik (.)
- Tanda noktah/titik digunakan...
- Contohnya
- (a)pada akhir ayat yang bukan
- pertanyaan atau seruan
- (a) Kereta ini baru dibeli.
- (b) Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
(b) pada akhir singkatan nama orang - Y.A.B. (Yang Amat Berhormat),
- En. (Encik)
- (c) sebelum tanda penutup kata (")
- dalam cakap ajuk
- Kata kakak, "Bunga itu sudah layu."
(d) untuk menunjukkan angka perpuluhan 5.4, 30.2, 1 19.8 - 2. Tanda Koma (,)
Tanda koma digunakan...Contohnya- (a)bagi mengasingkan kata yang
- berturut-turut dalam satu ayat
- (a) Ibu membeli ikan, sayur, dan daging.
- (b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar.
- (b)di belakang kata seru
- (a) Amboi, merahnya baju kamu !
- (b) Eh, Azmi rupanya !
- (c)untuk menandakan tempat berhenti
- sebentar.
- Berikan surat ini kepada ibumu, Ali.
- (d) di belakang kata penghubung pada
- awal ayat
- ... Oleh sebab itu, awak diminta hadir.
- ... Jadi, awak tidak mengaku bersalah?
- (e)untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza
- Rumah itu besar, tetapi tidak cantik
- Katakan saya ke bandar, jika dia datang.
- (f)sebelum tanda pembuka kata (") dan
- penutup kata (") dalam cakap ajuk
- Ravi berkata, "Ini suratnya, encik."
- "Terima kasih," jawab Encik Abu.
- 3. Tanda Tanya (?)
Tanda tanya digunakan...Contohnya(a) pada akhir ayat tanya Bilakah adik kamu akan bersekolah? - (b) pada akhir ayat tanya sebelum
- tanda penutup kata (")
"Apa yang kamu lihat?" tanya Jimmy.- 4. Tanda Seru (!)
Tanda seru digunakan...Contohnyasesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat - (a) Wah, perbuatan awak sudah melampau!
- (b) Siapkan kerja itu segera!
- 5. Tanda Titik Bertindih (:)
Tanda titik bertindih digunakan...Contohnya- (a) pada akhir sesuatu penyataan
- apabila diikuti oleh rangkaian
Barang-barang yang perlu dibawa adalah seperti berikut: parang, sabit, dan cangkul (b) untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu - Tarikh : 3 April 2000
- Masa : 2.00 petang
- Tempat: Bilik Gerakan
- 6. Tanda Koma Bertitik (;)
Tanda koma bertitik digunakanContohnya- (a) untuk memisahkan bahagian-
- bahagian ayat yang sejenis dan
- setara
- Giginya sakit; dia tidak mahu ke klinik.
- (b) pada baris pertama pantun dua
- kerat
- Ada ubi ada batas;
- Ada budi ada balas.
- (c) pada baris kedua pantun empat
- kerat
- Kalau ada jarum patah,
- Jangan disimpan di dalam peti;
- Kalau ada silap dan salah,
- Jangan disimpan di dalam hati.
- 7. Tanda Sempang (-)
Tanda sempang digunakan...Contohnya- (a) untuk menyambungkan kata yang
- diulang dan kata ganda
murid-murid, riuh-rendah- (b) untuk merangkaikan:
- i) se dengan kata yang berikutnya yang dimulai dengan huruf besar
seMalaysia, seTanah Melayu- ii) ke- dengan angka
- iii) angka dengan -an
- kali yang ke-10,
- tahun 1960-an
- (c) memisahkan huruf kecil daripada
- huruf besar
- rahmat-Mu, hamba-Nya,
- sinar-X
- 8. Tanda Petik ("...")
Tanda petik digunakanContohnya(a) untuk mengapit petikan langsung "Saya belum makan ibu," kata adik. - (b) pada jadual rencana, karangan,
- novel, puisi, dan sebagainya
- Novel "Esok Masih Ada" memenangi
- hadiah pertama.
PANTUN
Pantun merupakan
satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang
mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya.
Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris.
Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun
terdiri daripada empat barisan. Pantun terbahagi
kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan
diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat
terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang
pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan
demikianlah seterusnya.
SEJARAH PANTUN
Pantun adalah genre
kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di
Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat
Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan
sebagai alat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan
aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan
kebudayaan masyarakat nusantara dan Malaysia.Di Nusantara, pantun wujud dalam
39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek. Pantun juga didapati turut berkembang di
selatan Burma, Kepulauan Cocos, Sri Lanka, Kemboja, Vietnam serta Afrika
Selatan (kerana pengaruh imigran dari Indonesia dan Malaysia). Pantun di
Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu. Malah, ia mungkin
berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam Hikayat Raja-Raja Pasai
dan Sejarah Melayu.
Menurut kajian
bahawa pada abad yang ke-17 barulah sempurna bentuk, isi, maksud dan alasan
pantun itu. Keadaan ini dapat dibuktikan di dalam rencana Hamzah Fansuri yang
telah meninggal dunia dalam tahun 1630. Pantun pada mulanya adalah senandung
atau puisi rakyat yang dinyanyikan. Dalam kesusasteraan, pantun pertama kali
muncul dalam Sejarah Melayu dan hikayat-hikayat popular
yang sezaman. Kata pantun sendiri mempunyai asal-usul yang cukup panjang dengan
persamaan dari bahasa Jawa iaitu kata parik yang bererti pari, ertinya paribasa atau peribahasa dalam bahasa
Melayu. Erti ini juga berdekatan dengan umpama dan seloka yang berasal dari
India.
Jenis-jenis pantun ialah;
1. Pantun Dua Kerat
2. Pantun Empat Kerat
3. Pantun Enam Kerat
4. Pantun Lapan Kerat
5. Pantun Dua Belas Kerat
Contoh- contoh Pantun:-
1. Pantun Dua Kerat
Hitam-hitam sianak angsa,
Walau pun hitam berbudi bahasa.
2. Pantun Empat Kerat
Anak kecil bermain di tepian,
Tempat si rusa berkejaran juga;
Kasih ibu bermati-matian,
Sanggup berkorban jiwa dan raga.
3. Pantun Enam Kerat
Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda jadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kota;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.
Kelapa muda jadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kota;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.
4. Pantun Lapan Kerat
Korek perigi di parit
seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon pisang,
Hidup subur kanan dan kiri,
Tuan pergi dagang seorang,
Tuan saudara tempat
mengadu,
Tiada saudara tempat
berunding,
Pandai-pandailah membawa
diri.
5. Pantun Dua Belas Kerat
Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa sultan dari judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar jadi gugur,
Bila gugur masuk perigi,
Tuan di mekah di madinah,
Naik akhirat naik haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami yang jangan dilupa,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.
Contoh Pantun Teka-teki
Menerangi manusia dalam kegelapan,
Sangat berjasa kepada manusia,
Siapakah aku wahai kawan?
Jawapan : _________________
Sangat berjasa kepada manusia,
Siapakah aku wahai kawan?
Jawapan : _________________
2. Berkelip-kelip bukannya kunang-kunang,
Menjadi petunjuk buat pedagang,
Bilanganku banyak tidak terbilang,
Siapakah aku cubalah bilang?
Menjadi petunjuk buat pedagang,
Bilanganku banyak tidak terbilang,
Siapakah aku cubalah bilang?
Jawapan : ___________________
3. Cahayaku terang panas sekali,
Dapat mengeringkan baju di ampaian,
Kalau tuan bijak bestari,
Siapakah aku wahai kawan?
Jawapan : ___________________________
HURUF BESAR DAN HURUF KECIL
Dapat mengeringkan baju di ampaian,
Kalau tuan bijak bestari,
Siapakah aku wahai kawan?
Jawapan : ___________________________
Huruf ialah unsur dalam
sesebuah sistem tulisan abjad. Setiap huruf
dalam bahasa bertulis lazimnya dikaitkan dengan satu fonem (bunyi)
dalam bahasa lisan yang bersamaan. Aksara-aksara dalam tulisan awal lebih baik
dipanggil silabogram (yang melambangkan suku kata) atau logogram (yang melambangkan
perkataan atau ungkapan). Huruf membolehkan manusia saling berhubung melalui
surat-menyurat di merata dunia. Ciptaan huruf-haraf ini dimulakan oleh tulisan Semitik
Barat yang muncul di rantau Canaan sekitar 1000 SM.
Penggunaan huruf kecil atau huruf besar dalam hal
pengejaan kata merupakan masalah yang mengelirukan sebilangan murid. Hal
itu dikatakan demikian kerana penggunaan bentuk huruf yang betul ditentukan
oleh sejumlah kriteria yang tidak diketahui sepenuhnya oleh sesetengah murid.
Satu perkara yang sangat jelas berkaitan dengan penggunaan huruf besar adalah
tentang penggunaannya pada awal ayat.
Dia bertolak ke Pulau Pinang tadi.
Pada umumnya, huruf besar digunakan pada awal kata
nama khas, yang berkaitan dengan nama khusus orang, tempat, malaikat, tumbuhan,
haiwan dan sebagainya. Sebaliknya, huruf kecil digunakan untuk kata nama am
yang bersifat umum.
Bagi
kata nama khas orang yang berkaitan dengan bapa seseorang, kata, seperti bin, binti, anak atau singkatannya ak, a/p dan a/l, harus ditulis dengan huruf kecil. Contohnya, Ali bin Ahmad, Fatimah binti Abdullah, James ak Peter, Suresh a/l Ramasamy dan Saroja a/p Balakrishnan Theavy.
Bagi kata nama khas
yang berkaitan dengan jawatan seseorang, ada ketikanya penggunaan huruf besar
dan huruf kecil berkaitan rapat dengan jawatan yang dimaksudkan. Misalnya,
posisi huruf besar bagi Yang di-Pertuan Agong dengan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri dan Yang Dipertua Persatuan Pengakap Malaysia tidak
sama. Dalam hal tersebut, rujukan kehormat boleh ditulis sebagai DYMM, Duli Yang Maha Mulia, Yang Arif, YAB atau Yang Amat Berhormat. Dalam rujukan kehormat tersebut,
kata pembenda atau kata hubung relatif yang mesti berawalkan huruf besar.
Rencana
ini dipetik daripada Pelita Bahasa Februari 2012
HURUF KECIL |
HURUF BESAR |
Penjelasan yang menarik. Kesalahan tanda baca memang sering dilakukan oleh murid terutama dalam penulisan ketika membina ayat. Murid seronok menulis isi cerita tanpa menyedari mereka telah melakukan kesalahan tanda baca sekurang-kurangnya 1 kesalahan atau lebih daripada itu.
BalasPadamBagus info yg cikgu bagi ni. Boleh tambah sedikit ilmu pengetahuan untuk di beri tunjuk ajar pada adik-adik saya. Thanks a lot cikgu.
BalasPadamSama-sama. Mudah-mudahan info ini boleh membantu.
Padam